Photobucket

Sunday 28 July 2013

Amalan Nabi Muhammad SAW Ketika Bulan Ramadhan



Permulaan  Ramadhan adalah rahmat, Pertengahan Ramadhan adalah keampunan dan Pengakhiran Ramadan adalah pembebasan dari api neraka..

Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkatan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk merebut ganjaran sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Mari kita menelusuri jejak dan amalan Rasululah saw. dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini.



1. Rasulullah saw selalu bergegas memenuhi panggilan kebaikan, seperti solat berjemaah, solat sunnah, mengeluarkan sedekah, membaca al-Qur’an dan sebagainya.

Rasululah saw bersabda: 

“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan,dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang tak suka kebaikan, bermalaslah!! (artinya, engganlah memperbanyak amalmu). Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah swt. membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

2. Rasulullah saw melipatgandakan amal perbuatan yang baik, baik yang fardhu mahupun yang sunnah. 

Diriwayatkan oleh Salman, bahwa pada suatu hari di penghujung bulan Sya’ban Rasulullah saw. bersabda; 

“Wahai sekalian manusia, telah datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkahan, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; diwajibkan padanya puasa; dan dianjurkan untuk menghidupkan malam-malamnya. Maka barang siapa yang mengerjakan satu kebajikan pada bulan ini, seolah-olah ia mengerjakan satu perintah kewajiban di bulan lain, dan siapa yang mengerjakan ibadah yang wajib,seakan-akan ia mengerjakan tujuh puluh kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.”

Begitulah pahala mengerjakan ibadah sunnah sama dengan pahala mengerjakan ibadah wajib, sedangkan ibadah wajib akan dibalas tujuh puluh kali lipat pahalanya.

3. Rasulullah saw sangat pemurah dan sangat gemar bersedekah serta memberi makan orang yang berpuasa
.

 Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary ra., bahwa Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah, lebih-lebih pada bulan Ramadhan. Diceritakan bahwa kebaikan beliau bagaikan hembusan angin yang lembut, membawa banyak rahmat, menabur kegembiraan di hati orang mukmin. Diriwayatkan pula bahwa beliau sangat penderma, bahkan tidak pernah menolak permintaan apapun yang diajukan ke beliau.

4. Banyak berdoa, terutama ketika hendak berbuka puasa. 

Rasulullah saw bersabda: 

“Saat-saat berbuka adalah saat yang paling tepat dan mujarab bagi orang yang berpuasa untuk berdoa.” Dan doa yang selalu diucapkan ketika berdoa adalah “Ya Allah, hanya keranamu aku berpuasa, dan dengan rezekimu aku berbuka, telah hilang haus dan dahaga, maka tetap hauslah pahala bagiku, ya Allah”.

5. Rasulullah saw selalu tadarus (membaca al-Qur’an).

 Setiap malam bulan Ramadhan Malaikat Jibril as. selalu datang menemui Rasulullah saw., dan bersama-sama membaca al-Qur’an, silih berganti. Hikmah tadarus Rasulullah di antaranya adalah untuk mengajarkan umatnya agar rajin membaca al-Qur’an atau tadarus, terutama di bulan suci Ramadhan itu, di setiap waktu, apalagi di malam hari, dan ketika mengerjakan solat malam (tahajjud).

6. Rasulullah saw meningkatkan kesungguhan ibadahnya terutama pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. 

Hal mana dilaksanakan untuk meraih terutama lailatul qadar. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda: 

“Barangsiapa yang beribadah pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah ia lakukan.” Seperti kita ketahui, bahawa ibadah pada malam ini sama nilainya dengan kita beribadah seribu bulan lamanya. Dan doa yang paling afdhal (paling utama) diucapkan pada malam itu adalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Pemurah serta sangat suka memaafkan. Maka ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah. (Allaahumma innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbu al-’afwa fa’fu ‘annaa yaa kariim).

Diriwayatkan: barang siapa yang salat Maghrib dan Isya’ berjama’ah pada malam Lailatul Qadar itu, maka ia telah mendapatkan sebagian besar keutamaan malam Lailatul Qadar itu

Riwayat yang lain mengatakan,

 “Siapa yang salat Isya’ berjama’ah pada malam Lailatul Qadar itu, seakan-akan ia telah menghidupkan separuh malam tersebut, dan bila ia menunaikan salat Subuhnya, maka ia telah menyempurnakan seluruh malam Lailatur Qadar tersebut.

Itulah beberapa jejak Rasulullah saw pada bulan Ramadhan, yang pada dasarnya Rasululah saw mengajarkan umatnya agar bersungguh-sungguh meraih kebaikan-kebaikan yang ada padanya, dengan berbuat keta’atan, kebaikan, ibadah, terutama ibadah-ibadah sosial, seperti menolong orang lain, meringankan beban hidup orang lain, menyantuni anak yatim dan orang-orang yang papa atau memberi makan orang yang akan berbuka puasa. Di samping itu beliau juga mengajarkan umatnya agar menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan munkar, makruh, dan mubah, apalagi yang haram. Bahkan beliau memperingatkan dengan sabdanya: 

“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan keji atau kotor (seperti berdusta, membicarakan orang lain atau mengadu domba), maka tidak ada artinya puasanya itu, kecuali ia hanya merasakan lapar dan dahaga saja.”

Demikianlah, semoga Allah swt. menerima dan melipatgandakan amal ibadah kita, dan semoga Allah swt. memberikan kekuatan di dalam menjalankannya. Salawat serta salam kepada Nabi kita Muhammad saw. 

sumber - http://abizakii.wordpress.com

 

Saturday 31 March 2012

Sejarah April Fool's Day


Perayaan April Fool's adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol (Andalus). Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Andalus. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam di Andalus terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Andalus dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu helah semata-mata telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokkan harinya pada 1 April, mereka mengambil semua barang keperluan masing-masing lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudiannya membakar rumah-rumah penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan.

Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya termasuk perempuan dan anak-anak kecil. Peristiwa yang berdarah dan menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentere kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) tetapi juga du serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut merayakan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seagama mereka sendiri....

Sumber:

Maruwiah Ahmat. 2003 Sejarah Bani Umayyah di Andalus. Shah Alam: Karisma Publication.

Wednesday 28 March 2012

Al-Quran Wahyu Allah S.W.T

Al-Quran ialah wahyu Allah s.w.t dan peninggalan Rasulullah s.a.w yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredai Allah sehingga kiamat..
 

Kitab agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi inti pati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat, kisah para nabi dan solehin untuk diteladani, hukum-hukum, suruhan, tegahan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan muslim...

Indahnya Hidup Bersyariat...

 

 

 

Sunday 11 March 2012

Mata AnuGerah Tidak Ternilai Harganya...

Assalamualaikum...

Mata anugerah yang tidak ternilai....syukurlah dikurniakan penglihatan dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah S.W.T..Alhamdulillah....

Uniknya ciptaan Allah S.W.T ini akan menitiskan air mata apabila berhadapan dengan kesedihan atau kegembiraan yang melanda dalam diri individu ....


Hargailah anugerah pemberian Allah S.W.T ini...


 
 

Wednesday 21 December 2011

Al-Biruni -Tokoh Tamadun Islam

Assalamualaikum...
Entri kali ini, saya nak ceritakan tentang berkaitan dengan tokoh tamadun Islam...
iaitu al-Biruni...anda kenal x dengan al-Biruni?
inilah gambar/ilustrasi al-Biruni..






Biografi
> Nama sebenarnya ialah Abu Rayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. 
> Beliau dilahirkan pada tahun 363H/973M.
> Dilahirkan di Birun ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali dengan Turkistan.
> Meninggal dunia ketika berusia 75 tahun di Ghaza pada 3 Rejab 448H/13 Disember 1048M.
> Al-Biruni bererti 'asing'. Nama itu diberikan kepadanya kerana beliau lahir dan tinggal di pinggiran Kota Khawarizmi, Turkmenistan.(iaitu wilayah yang menjadi tempat tinggal bagi orang asing dlam bhs Khawarizmi org asing disebut 'birun'.
> Guru beliau yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt al-Iraqin yang merupakan seorang pakar matematik dan alam.
> Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuan telah mendorong al-Biruni mengembara dari kota Jurjan, Kurkanj (utara Khawarizmi), daerah utara Iran Ghazna (Selatan Kabul. Afghanistan) sehingga ke negara India.
>Penaklukan Jurjan oleh Sultah Mahmud Ghaznawi merupakan faktor bagaimana beliau boleh sampai ke India. 
> Al-Biruni merupakan antara para ulama Jurjan yang ditawan oleh tentera Sultan Mahmud al-Ghaznawi. 
> Setelah mengetahui tentang keilmuannya dan kepakarannya dalam bidang astronomi beliau dibebaskan. 
> Setelah itu, beliau telah ditugaskan berkhidmat di istana sebagai salah seorang ulama.
> Semasa bertugas beliau sentiasa mengiringi Sultan Mahmud dalam peperangan baginda di Tenggara India. 
> Kesempatan tersebut telah digunakan oleh al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. 
> Disana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India, hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.


Sumbangan al-Biruni.
> Al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India. 
> Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan aritmetik.
> Antaranya ialah Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India, kaedah-kaedah aritmetik yang berbeza dengan Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetik dan Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
> Al-Biruni telah menulis kitab al-Hind
> Penjelasannya mengenai India dalam buku ini sangat lengkap. 
> Kitab tersebut dikarang olehnya pada tahun 407H/1017M. 
> Buku tersebut mengenai ajaran agama Hindu, ilmu pengetahuan dan adat istiadat India.
> Ramai yang menganggap karya al-Biruni ini merupakan buku yang terbaik tentang India pada abad pertengahan. 
> Manakala dalam bidang astronomi beliau telah menghasilkan buku berjudul  “Tahqiq mal Hindi”. 
> Di dalam buku tersebut beliau menjelaskan dengan terperinci tentang agama Hindu, filsafat mereka, budaya, sastera, geografi, astronomi, perilaku dan tahayul mereka. 
> Kawasan Delta Sind pernah menjadi sebahagian lautan dan secara bertahap menjadi sebahagian daratan. 
> Beliaulah yang pertama kali menjelaskannya secara ilmiah diantara ilmuan India.
> Beliau yang mengakui  tanpa ragu-ragu bahawa ahli matematik Indialah yang menemukan angka nol dan bahasa Arab mengadaptasi diri mereka. 
> Selain itu, beliau turut menghasilkan “ Kitab al-Saidana” yang merupakan sebuah kitab perubatan yang menggabungkan ilmu perubatan Arab dan India.


Sekian entri kali ini...jumpa lagi..*_*.

Monday 5 December 2011

SEJARAH PEMIKIRAN

Assalamualaikum..
coretan kali ini....berkaitan ttg Sejarah Pemikiran Islam @ Sejarah Islam yg merupakan salah satu bab dalam tajuk Perkembangan, Faktor dan Aliran Pemikiran Islam Semasa untuk kursus PPPY1212 (Pemikiran Islam Semasa)

Sejarah Pemikiran Islam @ Sejarah Islam terbahagi kpd 3 zaman
> Zaman Klasik (650-1250M)
> Zaman Pertengahan (1250-1800M)
> Zaman Moden (1800M sampai sekarang)

Zaman Klasik
> Merupakan zaman pembangunan dan kemajuan yang dapat dikategorikan kepada 2 fasa.

Fasa Pertama
>  Fasa penyebaran, pengintegrasian dan kegemilangan
> Pada masa ini berlakunya pembukaan wilayah Islam ke Afrika Utara, Andalus, Iran dan India.
> Bermula di pusat pemerintahan di Madinah ke Damsyik ke Baghdad.
> Dalam bidang ilmu pengetahuan turut berkembang bersama ilmu-ilmu agama dan bukan agama.
> Lahirnya tokoh dan ulama besar spt:
* Dlm bidang fiqh : Imam Abu Hanifah, Malik, Shafii, Ibn Hanbal
* Dlm bidang kalam-teologi: Imam al-Ash'ari, Maturidi, al-Bazdawi, al-Nazzam, al-Jubaai.
* Dlm bidang tasawuf: Dhu nun al-Misri, al-Bistami, al-Hajjaj, al-Makki, Ibrahim Adham.
* Dlm bidang falsafah: al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina.
* Dlm bidang sains dan teknologi: Ibn Haytham, Ibn Hayyan, al-Khawarizmi, al-Mas'udi, al-Razi.

Fasa Kedua
> Era perpecahan dan perbalahan (1000-1250M)
> Era ini menonjolkan kekuasaan politik mulai longgar.
> Pengaruh dan kestabilan khalifah mulai menurun.
> Akhirnya Baghdad ditakluk oleh Hulagu Khan pada 1258M.
> Khalifah dan Amirul al-Mukminin yg sekian lama menjadi lambang kekuasaan dan kekuatan politik negara    Islam hancur.

Zaman Pertengahan
> Wujud perbezaan antara zaman pertengahan Islam dengan Barat.

Zaman-zaman di Barat
* Zaman Gelap (5-15M)
* Zaman Kebangkitan (1350-1650)
* Zaman Pencahayaan (1650-1850M)
* Zaman Moden (abad ke-19 hingga sekarang)

Fasa Pertama
> Fasa Kemunduran dan keterbelakangan (1250-1500M)
> Dunia Islam tidak lagi wujud pemusatan dan perpecahan semakin bertambah
> Perbezaan diantara Sunni dan Syiah, Arab dan Parsi begitu ketara.
>Wilayah-wilayah Islam boleh dikelompokkan kepada dua iaitu, Arab yang meliputi Semenanjung Arab. Iraq, Syria, Palestin, Mesir, Afrika Utara.
> Manakala Parsi, yg merangkumi Balkan, Asia Kecil, Iran dan Asia Tengah.

Fasa Kedua
> Tiga kerajaan besar berasingan (duwaylaat) iaitu kerajaan Uthmaniyyah Turki, kerajaan Safavid di Parsi dan kerajaan Mughal di India yang berkuasa sekitar tahun 1500-1800.
> Era  pemerintahan ini turut melalui zaman kegemilangan dan kemunduran masing-masing terutama merujuk kepada bentuk senibina dan literature pada masjid, gedung perniagaan,istana dan kota-kotanya.
> Di era kejatuhan dan kemunduran , setiap satunya tewas kpd musuh-musuh, spt pemerintah Uthmaniyah yg kalah di tangan Eropah, Kerajaan Safavid diserang oleh suku bangsa Afghan, Kerajaan Mughal ditewaskan oleh raja-raja India.
> Kekuatan ketenteraan dan politik umat Islam secara umumnya merosot teruk dgn jatuhnya kerajaan-kerajaan trsbt.
> Sebaliknya barat begitu gagah dan kuat bukan shj menjajah negara umat Islam bahkan berusaha membentuk hegemoni barat dlm segenap bidang.
> Napoleon Bonaparte akhirnya telah berjaya menduduki Mesir sbg salah satu pusat Islam terpenting pd thn 1798M.

Zaman Moden

> Bermula sekitar tahun 1800 hinggalah sekarang.
> Menunjukkan adanya semangat dan aspirasi kebangkitan semula Islam.
> Jatuhnya Mesir ke tangan kolonialis Barat secara perlahan-lahan menyedarkkan dunia Islam akan kelemahan dan kekurangan diri mereka bertembung dengan tamadun dan peradaban Barat.
> Kemunculan bebrapa tokoh Muslim yg ingin membuat reformasi dan modenisasi (tajdid dan islah) spt Ahmad Khan, Muhammad Iqbal, Jamal al-Din al-Afghani, Rifaat Tahtawi, Muhammad Abduh dan ramai lagi.
> Mereka cuba utk memperbaharui Islam dan umatnya dari dalam dan luar berpandukan sebab-sebab dan masalah yg ada.
> Zaman inilah timbulnya idea-idea pembaharuan dan pemodenan masyarakat Islam.

Sekian...

Wednesday 16 November 2011

Perang Dunia Pertama & Penglibatan Dawlah Uthmaniyah

Assalamualaikum..
Sudah lama rasanya saya tidak meng'update' blog ini...
malam ni t'gerak plak nk tulis walaupun esok ada exam mid term Dunia Islam Abad ke-20..
jadi saya nk cerita ckit ttg Perang Dunia Pertama & Penglibatan Dawlah Uthmaniyah.. yg brkmgkinan msk dlm mid esk..hrpnyalah..(*_*)

PERANG DUNIA PERTAMA

* Perang Dunia Pertama berlaku pd 28 Julai 1914 dan berlanjutan sehingga 1918.
* Peperangan ini melibatkan pertempuran diant -Kuasa Bersekutu/ Berikat : Rusia, British, Perancis,
 Itali, Kanada Amerika Syarikat.
- Kuasa Pusat: Jerman, Dawlah Uthmaniyah, Bulgaria, Austria
* Dawlah Uthmaniyah merupakan satu-satunya kuasa Islam yg t'libat dlm peperangan ini.
* Kekalahan berpihak kepada Jerman dan sekutunya.

FAKTOR PERANG DUNIA PERTAMA

* Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dan isterinya Countess Sophie pd 28 Jun 1914 di Sarajevo.
* Austria menganggap Serbia sebagai ancaman dan mengisytiharkan perang pada 28 Julai 1914.
* Pd 3 Ogos 1914, Jerman menisytiharkan perang k'ats Perancis apbl b'lkunya srgn bom olh tntera udra 
Perancis b'hmpiran wlyah Karlsruhe dan Nuremburg.
* Pskn tntera Jerman b'gerak m'lalui Belgium d 4 ogos, British m'arhkn agr Jerman b'undur ttp d'tlk.
* Pd 4 ogos 1914, British isytihar perang k'ats Jerman. Prstw ini kmdiannya membawa kpd Perang Dunia Pertama

KESAN PERANG DUNIA PERTAMA

* Pembentukan negara bangsa di Eropah dan di Timur Tengah.

PENGLIBATAN DAWLAH UTHMANIYAH.

* Jerman b'seorgn b;bndg kuasa Eropah lain b'hrp agr dawlah Uthmaniyyah dpt menyebelahinya.
* Prbncgn serius pktn Jerman-Dawlah Uthmaniyah brmula pd 18 Julai 1914.
* Enver Pasha dan P.M Said Halim m'berikan krjsama scra rasmi dgn Wangenheim dan Pallavicini
 pd 22 Julai 191 4
* Tiga org pmpin Turki Muda dlm Committee of Union and Progress (C.U.P) iaitu Enver,Talaat, Jamal Pasha
 b'tggj wb m'ambil kptsn m'heret Dawlah Uthmaniyah dlm pprgn tsbt.
* Enver dan Talaat Pasha cndrung mnyokong Jerman mnkala Jamal lbih b'pihak kpd b'kcuali.

OK..setakat itu dlu..moga blh jwb exam esk...bye