Photobucket

Saturday 31 March 2012

Sejarah April Fool's Day


Perayaan April Fool's adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol (Andalus). Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Andalus. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam di Andalus terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Andalus dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu helah semata-mata telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokkan harinya pada 1 April, mereka mengambil semua barang keperluan masing-masing lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudiannya membakar rumah-rumah penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan.

Pihak kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya termasuk perempuan dan anak-anak kecil. Peristiwa yang berdarah dan menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentere kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) tetapi juga du serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut merayakan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seagama mereka sendiri....

Sumber:

Maruwiah Ahmat. 2003 Sejarah Bani Umayyah di Andalus. Shah Alam: Karisma Publication.

No comments:

Post a Comment