Photobucket

Monday 5 December 2011

SEJARAH PEMIKIRAN

Assalamualaikum..
coretan kali ini....berkaitan ttg Sejarah Pemikiran Islam @ Sejarah Islam yg merupakan salah satu bab dalam tajuk Perkembangan, Faktor dan Aliran Pemikiran Islam Semasa untuk kursus PPPY1212 (Pemikiran Islam Semasa)

Sejarah Pemikiran Islam @ Sejarah Islam terbahagi kpd 3 zaman
> Zaman Klasik (650-1250M)
> Zaman Pertengahan (1250-1800M)
> Zaman Moden (1800M sampai sekarang)

Zaman Klasik
> Merupakan zaman pembangunan dan kemajuan yang dapat dikategorikan kepada 2 fasa.

Fasa Pertama
>  Fasa penyebaran, pengintegrasian dan kegemilangan
> Pada masa ini berlakunya pembukaan wilayah Islam ke Afrika Utara, Andalus, Iran dan India.
> Bermula di pusat pemerintahan di Madinah ke Damsyik ke Baghdad.
> Dalam bidang ilmu pengetahuan turut berkembang bersama ilmu-ilmu agama dan bukan agama.
> Lahirnya tokoh dan ulama besar spt:
* Dlm bidang fiqh : Imam Abu Hanifah, Malik, Shafii, Ibn Hanbal
* Dlm bidang kalam-teologi: Imam al-Ash'ari, Maturidi, al-Bazdawi, al-Nazzam, al-Jubaai.
* Dlm bidang tasawuf: Dhu nun al-Misri, al-Bistami, al-Hajjaj, al-Makki, Ibrahim Adham.
* Dlm bidang falsafah: al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina.
* Dlm bidang sains dan teknologi: Ibn Haytham, Ibn Hayyan, al-Khawarizmi, al-Mas'udi, al-Razi.

Fasa Kedua
> Era perpecahan dan perbalahan (1000-1250M)
> Era ini menonjolkan kekuasaan politik mulai longgar.
> Pengaruh dan kestabilan khalifah mulai menurun.
> Akhirnya Baghdad ditakluk oleh Hulagu Khan pada 1258M.
> Khalifah dan Amirul al-Mukminin yg sekian lama menjadi lambang kekuasaan dan kekuatan politik negara    Islam hancur.

Zaman Pertengahan
> Wujud perbezaan antara zaman pertengahan Islam dengan Barat.

Zaman-zaman di Barat
* Zaman Gelap (5-15M)
* Zaman Kebangkitan (1350-1650)
* Zaman Pencahayaan (1650-1850M)
* Zaman Moden (abad ke-19 hingga sekarang)

Fasa Pertama
> Fasa Kemunduran dan keterbelakangan (1250-1500M)
> Dunia Islam tidak lagi wujud pemusatan dan perpecahan semakin bertambah
> Perbezaan diantara Sunni dan Syiah, Arab dan Parsi begitu ketara.
>Wilayah-wilayah Islam boleh dikelompokkan kepada dua iaitu, Arab yang meliputi Semenanjung Arab. Iraq, Syria, Palestin, Mesir, Afrika Utara.
> Manakala Parsi, yg merangkumi Balkan, Asia Kecil, Iran dan Asia Tengah.

Fasa Kedua
> Tiga kerajaan besar berasingan (duwaylaat) iaitu kerajaan Uthmaniyyah Turki, kerajaan Safavid di Parsi dan kerajaan Mughal di India yang berkuasa sekitar tahun 1500-1800.
> Era  pemerintahan ini turut melalui zaman kegemilangan dan kemunduran masing-masing terutama merujuk kepada bentuk senibina dan literature pada masjid, gedung perniagaan,istana dan kota-kotanya.
> Di era kejatuhan dan kemunduran , setiap satunya tewas kpd musuh-musuh, spt pemerintah Uthmaniyah yg kalah di tangan Eropah, Kerajaan Safavid diserang oleh suku bangsa Afghan, Kerajaan Mughal ditewaskan oleh raja-raja India.
> Kekuatan ketenteraan dan politik umat Islam secara umumnya merosot teruk dgn jatuhnya kerajaan-kerajaan trsbt.
> Sebaliknya barat begitu gagah dan kuat bukan shj menjajah negara umat Islam bahkan berusaha membentuk hegemoni barat dlm segenap bidang.
> Napoleon Bonaparte akhirnya telah berjaya menduduki Mesir sbg salah satu pusat Islam terpenting pd thn 1798M.

Zaman Moden

> Bermula sekitar tahun 1800 hinggalah sekarang.
> Menunjukkan adanya semangat dan aspirasi kebangkitan semula Islam.
> Jatuhnya Mesir ke tangan kolonialis Barat secara perlahan-lahan menyedarkkan dunia Islam akan kelemahan dan kekurangan diri mereka bertembung dengan tamadun dan peradaban Barat.
> Kemunculan bebrapa tokoh Muslim yg ingin membuat reformasi dan modenisasi (tajdid dan islah) spt Ahmad Khan, Muhammad Iqbal, Jamal al-Din al-Afghani, Rifaat Tahtawi, Muhammad Abduh dan ramai lagi.
> Mereka cuba utk memperbaharui Islam dan umatnya dari dalam dan luar berpandukan sebab-sebab dan masalah yg ada.
> Zaman inilah timbulnya idea-idea pembaharuan dan pemodenan masyarakat Islam.

Sekian...

No comments:

Post a Comment