Photobucket

Saturday 2 July 2011

SEJARAH ZAMAN ABBASIYAH ZAMAN AWAL

Assalamualaikum...

Tahukah anda mengenai Sejarah Zaman Kerajaan Abbasiyyah??
Disini saya akan m'jelaskan serba sedikit mengenainya....tentang aspek-aspek yang telah saya pelajari dalam dewan kuliah juga di bilik tutorial....

PENGENALAN
-Dinisbahkan kepada Al-Abbas b. Abd al-Mutalib (bapa saudara nabi).
- Beliau tidak termasuk dalam golongan yang awal memeluk islam.
- Merupakan pakar dalam bidang ulum al-Quran.
-Kerajaan ‘Abbasiyyah ini Bermula dari tahun 132H-656H bersamaan 750M–1258M
-Diperintah oleh 37 orang khalifah

PEMBENTUKAN KERAJAAN ABBASIYAH
-Berlaku pada hari Jumaat, 12 Rabi’ al-Akhir 132H bersamaan 28 November 749M.
- Berlaku selepas Abu al-‘Abbas al-Saffah dilantik sbg khalifah pertama Masjid Kufah.
-Pengisytiharan ini tergantung kerana Marwan b. Muhammad (khalifah terakhir kerajaan Umayyah) belum ditewaskan.
-‘Abd Allah b. ‘Ali menawarkan diri untuk memerangi tentera Marwan, Beliau berjaya mengalahkan dan membunuh Marwan.
 -Selepas kekalahan tentera Marwan b.Muhammad maka berakhirlah pemerintahan Kerajaan Umayyah.
 -Pusat pemerintahan Islam berpindah dari Damsyik ke Baghdad.

STRUKTUR PENTADBIRAN
- Berlaku rombakan besar dalam sistem politik dan pentadbiran negara.
- Khalifah melantik bangsa bukan arab (parsi) dalam sektor swasta dan perkhidmatan awam.
-Mengadakan hubungan yang baik dengan para ulama’.Contohnya :-
-Khalifah al- Mansur melantik Abu Hanifah al-Nu’man sbg jawatankuasa perancang kota Baghdad.
-Khalifah Harun al-Rashid m’dapatkan nasihat dr imam Abu Hanifah dlm sistem
perundangan.
-Pembentukan Wazir al-wuzara (sistem kementerian) dan Qadhi al-Qhudat (sistem kehakiman).
- Wazir mempunyai kuasa yang besar.Kadang kala menyaingi kuasa khalifah.-Contohnya Khalifah al-Mahdi telah memberikan kuasa kepada wazir al-wuzara untuk melantik dan melucutkan jawatan pegawai kerajaan tanpa perlu merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

 PROSES PEMANTAPAN NEGARA
-Menjalankan operasi membersihkan pengaruh dan menguasai wilayah yang masih berada di tangan golongan Umayyah
-Operasi ini dijalankan ke seluruh tanah jajahan Umayyah termasuk Khurasan, Sind dan sempadan negara China.
-Antara tokoh yang terlibat ialah Abu muslim al-Khurasani, Abdullah b. Ali al-Abbasi, Abu Daud Khalid b. Ibrahim Ziyad b. Salleh dll.
-Kejayaan tokoh-tokoh ini tidak disenangi oleh khalifah kerana sanjungan yang diberikan oleh masyarakat.
- Akhirnya tokoh-tokoh ini telah ditangkap
oleh ejen-ejen khalifah dan dihukum bunuh.
- Menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat.
-Menyemarakkan api kebencian dan menyebabkan pemberontakan.

PEMBERONTAKAN
- Dilancarkan oleh puak Syiah, Khawarij dan Zindiq sebagai bantahan terhadap tindakan khalifah membunuh      pejuang revolusi mereka.
- Penduduk Khurasan menuntut bela di atas kematian Abu Muslim.
- Puak Syiah menutut bela di atas kematian Abu Salamah al-Khallal.
- Khalifah gemar menggunakan tentera untuk mengekang kebebasan rakyat.
- Suara pemberontakan rakyat merebak hingga ke Afrika Utara.
- Akibatnya berlaku pertempuran dan krisis kebuluran yang panjang.
- Keadaan hanya dapat dipulihkan selepas Khalifah al-Mansur menghantar tentera
yang besar untuk menyelesaikan masalah tersebut.
-Kegawatan politik turut dikeruhkan lagi dengan kemunculan puak Zindiq yang dianggap sesat.

HUBUNGAN LUAR
-Pertahanan ‘Abbasiyyah tidak sekuat  Umayyah dan sering mempunyai masalah dengan kerajan Byzantin.
- Kewujudan kerajaan Umayyah yang baru di Andalus, menggugat hub. luar ‘Abbasiyyah.
- Khalifah ‘Abbasiyyah terpaksa m’adakan perjanjian dengan kerajan Frank pimpinan Charlimane.
- Sebagai balasan, kerajaan Frank akan menghadapi kerajaan Umayyah di Andalus menakala k’jaan ‘Abbasiyyah pula terpaksa berhadapan dengan kerajaan Byzantin.
-Kerajaan ‘Abbasiyyah juga terpaksa berhadapan dengan kerajaan Idrisiyyah di Maghribi yang diasaskan oleh Idris b. ‘Abd Allah al-‘Alawiyin pada tahun 172H.
-Negeri Mesir jatuh ke tangan golongan Syiah Isma‘iliyyah yang menubuhkan kerajaan Fatimiyyah pada tahun 358H.

KETRAMPILAN KERAJAAN ABBASIYAH
-Banyak kawasan Kerajaan ‘Abbasiyyah telah jatuh ketangan kerajaan Fatimiyyah ini.
- Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan ‘ready made empire’ kerana mewarisi kawasan yang luas dari kerajaan Umayyah.
- Tidak menumpukan kepada perluasan wilayah, tetapi menumpukan perhatian bagi menyediakan prasarana-prasarana.
-Pembinaan bandar-bandar seperti Rusafah dan Samarra’.
-Menubuhkan ‘biro pengaduan awam’ iaitu Diwan al-Nazar fi al-Mazalim.
- Berfungsi untuk mendengar segala aduan daripada rakyat jelata dlm apa jua bidang.
-Walaupun kerajaan ini diwarisi daripada kerajaan Umayyah, tetapi banyak pembaharuan yang telah dijalankan terutamanya melibatkan sektor pembangunan dan prasarana.

Sekian...Wassalam...