Photobucket

Wednesday 21 December 2011

Al-Biruni -Tokoh Tamadun Islam

Assalamualaikum...
Entri kali ini, saya nak ceritakan tentang berkaitan dengan tokoh tamadun Islam...
iaitu al-Biruni...anda kenal x dengan al-Biruni?
inilah gambar/ilustrasi al-Biruni..






Biografi
> Nama sebenarnya ialah Abu Rayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. 
> Beliau dilahirkan pada tahun 363H/973M.
> Dilahirkan di Birun ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali dengan Turkistan.
> Meninggal dunia ketika berusia 75 tahun di Ghaza pada 3 Rejab 448H/13 Disember 1048M.
> Al-Biruni bererti 'asing'. Nama itu diberikan kepadanya kerana beliau lahir dan tinggal di pinggiran Kota Khawarizmi, Turkmenistan.(iaitu wilayah yang menjadi tempat tinggal bagi orang asing dlam bhs Khawarizmi org asing disebut 'birun'.
> Guru beliau yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt al-Iraqin yang merupakan seorang pakar matematik dan alam.
> Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuan telah mendorong al-Biruni mengembara dari kota Jurjan, Kurkanj (utara Khawarizmi), daerah utara Iran Ghazna (Selatan Kabul. Afghanistan) sehingga ke negara India.
>Penaklukan Jurjan oleh Sultah Mahmud Ghaznawi merupakan faktor bagaimana beliau boleh sampai ke India. 
> Al-Biruni merupakan antara para ulama Jurjan yang ditawan oleh tentera Sultan Mahmud al-Ghaznawi. 
> Setelah mengetahui tentang keilmuannya dan kepakarannya dalam bidang astronomi beliau dibebaskan. 
> Setelah itu, beliau telah ditugaskan berkhidmat di istana sebagai salah seorang ulama.
> Semasa bertugas beliau sentiasa mengiringi Sultan Mahmud dalam peperangan baginda di Tenggara India. 
> Kesempatan tersebut telah digunakan oleh al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. 
> Disana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India, hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.


Sumbangan al-Biruni.
> Al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India. 
> Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan aritmetik.
> Antaranya ialah Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India, kaedah-kaedah aritmetik yang berbeza dengan Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetik dan Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
> Al-Biruni telah menulis kitab al-Hind
> Penjelasannya mengenai India dalam buku ini sangat lengkap. 
> Kitab tersebut dikarang olehnya pada tahun 407H/1017M. 
> Buku tersebut mengenai ajaran agama Hindu, ilmu pengetahuan dan adat istiadat India.
> Ramai yang menganggap karya al-Biruni ini merupakan buku yang terbaik tentang India pada abad pertengahan. 
> Manakala dalam bidang astronomi beliau telah menghasilkan buku berjudul  “Tahqiq mal Hindi”. 
> Di dalam buku tersebut beliau menjelaskan dengan terperinci tentang agama Hindu, filsafat mereka, budaya, sastera, geografi, astronomi, perilaku dan tahayul mereka. 
> Kawasan Delta Sind pernah menjadi sebahagian lautan dan secara bertahap menjadi sebahagian daratan. 
> Beliaulah yang pertama kali menjelaskannya secara ilmiah diantara ilmuan India.
> Beliau yang mengakui  tanpa ragu-ragu bahawa ahli matematik Indialah yang menemukan angka nol dan bahasa Arab mengadaptasi diri mereka. 
> Selain itu, beliau turut menghasilkan “ Kitab al-Saidana” yang merupakan sebuah kitab perubatan yang menggabungkan ilmu perubatan Arab dan India.


Sekian entri kali ini...jumpa lagi..*_*.

No comments:

Post a Comment